? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, March 18, 2010

Pantun

Buat sahabatku..pantun ni ku tujukan khas buat you all semua yea...dah xde kerja nak buat..so i reka-rekalah pantun ni....untuk pantun member2 ku yang lain insyaallah akan menyusul di kemudian hari......

Sudah Lama Tidak bertemu
Raup Wajah Sudah Berubah
Darlilah Sudah Bertambah Ayu
Mesti Ramai Lelaki Pasrah

Cantik Sungguh Si Bunga Kekwa
Berkembang Mekar Di tepi Titi
Haleza Kimin Seksi Dan Lawa
Mesti Ramai Yang Setia Menanti

Hari-Hari Tarik Tali
Tarik Tali Dalam Guni
Latifah Ni Comel Sekali
Cantik Gigi Tersusun Rapi

Pagi-Pagi Sudah Bersiram
Buat Pasangan Pengantin baru
Pantun Dituju Nad Dan Syam
Semoga Kekal Ke Anak Cucu

Terang Sungguh Sang Mentari
Menyuluh Bumi Di Waktu Pagi
Azlina Mat Yatim Nama Diberi
Senyumannya Menawan Memikat Hati

Empunya Diri Tinggi Lampai
Kulitnya Putih Cerah Berseri
Inilah Dia Agnes Yeo Sze Wei
Seronok Betul Bermain Salji

Tom Yam Thai Memang Sedap
Sedap Hingga Menjilat Jari
Alissala Sawadikap
Klik Klik Jumpa Lagi


Kalau ada tersilap harap maaf yea kawan-kawan....Sayang you all semua

Saturday, March 13, 2010

Bila Wanita Usia 20 thn Keatas

Kenapa yea....bila kita sebagai wanita dah berusia 20 tahun keatas..lebih-lebih lagi bila kita dah tamat belajar atau pun dah graduat...mesti soalan yg banyak ditanya dan diaju ialah BILA NAK KAHWIN...sebagai wanita dan sebagai manusia siapa yang tidak ingin berkahwin dan ada keluarga sendiri...ada anak-anak...usia pun dah cukup...cuma ialah...mungkin jodoh belum sampai....masih mencari...sampaikan ada kedua org tua kita yang risau..siap nak tolong carikan...
Kalau mak bapak yg cari baguslah...sekurangnya mereka suka...sekaligus mereka restu...hubungan yg direstu pasti kekal ke akhir hayat....ramai lelaki yg cuba datang...tegur2..tapi kita sebagai wanita bukan niat hendak jual mahal...tapi kita sebenarnya berfikir jauh....terus kemasa hadapan...kalau nk berumah tangga..apa yg kita sebagai wanita fikir ialah...mampu ke lelaki ni, boleh ke dia menjadi ketua keluarga yang baik...kalau dah ada anak..mampu ke dia mendidik anak-anak...mampu ke...itu persoalan yg kita sbagai wanita risaukan...sebab itu ramai hari ini, wanita yang menjadi ADALUSIA....kerana apa...kerana takut untuk berkahwin..kerana takut untuk menghadapi situasi...setiap wanita perlu bersedia dari semua fizikal....sebab itu wanita dikatakan begitu kompleks...sukar untuk lelaki fahami....namun wanita tetap wanita....mereka berfikir sebelum membuat sebarang keputusan...

Hari ini

Semalam aku dah siapkan 5 page penulisan...skrip untuk......hari ni dah nak masuk 10 page...tapi tengah aku dok menaip...tiba2 terputus idea...geramnya...tak tahu nak tulis apa....mlm sikit baru aku sambung buat kerja....rehatkan otak dulu baru datang sikit2 idea...bukan senang nak jd penulis ni....dateline dah dekat....mati aku...tapi aku tak risau sangat...sebab boleh siap sebelum dateline ni...kalau tak de or ganggu bolehlah siap....ni aku bg tahu satu cerita teladan buat semua...dipetik dari sanasinigitugini

MALAIKAT MENGIKAT ULAR DARI MEMATUK PEMUDA NAKAL
DALAM sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as berjalan melalui sebuah kampung. Di kampung itu terdapat seorang anak muda yang sangat nakal. Namanya Qasar. Kenakalan melampau anak muda itu menyebabkan penduduk kampung memberitahu kepada Nabi Isa as, sebaik sahaja baginda sampai ke kampung berkenaan. Penduduk kampung menceritakan kenakalan anak muda berkenaan yang sering menyekat punca sumber saluran air dan mengotorkannya dengan meludah ke dalam air. Mereka meminta Nabi Isa as supaya berdoa kepada Allah swt supaya pemuda nakal itu tidak lagi menganggu kesejahteraan penduduk. Mendengarkan aduan pendudukan kampung, Nabi Is as pun berdoa: “Ya Allah, utuskanlah seekor ular, supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi ke kampung ini (mati). Ketika itu, pemuda nakal sedang menghampiri tempat punca air untuk melakukan kerja nakalnya menghalang aliran air mengalir ke kampung. Dia membawa bersamanya bekalan berupa bungkusan mengandungi tiga keping roti. Sebaik sampai di punca air berkenaan, pemuda itu didatangi seorang ‘Ahli Ibadah’ yang kebetulan melakukan ibadat berdekatan tempat itu. Ahli Ibadah itu memberi salam sambil berkata: “Adakah kamu membawa sesuatu yang dapat kamu berikan kepadaku. Atau kamu tunjukkan kepadaku sesuatu supaya aku dapat melihatnya, kerana aku tercium bau makanan yang sangat sedap baunya. Aku belum pernah memakan makanan sesedap itu.” Tanpa banyak bicara Qasar memberikan sekeping rotinya kepada orang itu. Ahli Ibadah menerima roti itu dengan ucapan: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qasar.” Pemuda nakal itu terkejut bila Ahli Ibadah itu menyebut namanya, sedangkan dia tidak pernah kenal dan bukan pula penduduk yang sekampung dengannya. Lalu Qasar menghulurkan sekeping lagi roti miliknya kepada Ahli Ibadah itu dan kali ini Ahli Ibadah berkata: “Semoga Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.” Mendengarkan kata-kata sedemikian, Qasar memberikan sekeping lagi rotinya dan kali ini dia menerima pula kata-kata: “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga,” dari Ahli Ibadah berkenaan. Setelah dia mendengar kata-kata Ahli Ibadah itu, dia pun membatalkan kerja nakal yang ingin dilakukannya dan kembali ke kampungnya. Melihatkan Qasar telah kembali, penduduk kampung memberitahu Nabi Isa as. Nabi Isa as berkata: “Panggilkan dia kemari.” Mereka pun memanggil Qasar untuk bertemu dengan Naib Isa as. Tanpa banyak bicara pemuda nakal itu datang menghadap Nabi Isa as. Nabi Isa as berkata: “Wahai Qasar, katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini?” Jawab Qasar: “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat punca air untuk melakukan kerja seperti biasa, seorang Ahli Ibadah telah datang menghampiri dan dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang berbau wangi seperti roti yang saya bawa. Maka saya pun memberikan kepadanya satu keping dan Ahli Ibadah itu berdoa untuk saya. Akhirnya saya memberikan ketiga-kita keping roti yang saya bawa kepada Ahli Ibadah berkenaan.” Kata Nabi Isa as: “Wahai Qasar, bawakan ke mari bungkusan kamu itu.” Maka Qasar pun memberikan bungkusan yang dibawanya kepada Nabi Isa as lantas Nabi Isa membukanya. Sebaik membuka bungkusan, Nabi Isa as dapati di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang telah dirantai dengan besi. Berkata Nabi Isa as: “Wahai ular hitam....”. Lantas dijawab oleh ular: “Ya Nabi Allah. Berkata lagi Nabi Isa as: “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini?” Jawab ular hitam: “Ya, memang benar tetapi, telah datang seorang Ahli Ibadah meminta makanan dari Qasar, dan Qasar telah memberikan kepadanya. Maka Ahli Ibadah itu telah berdoa kepada Allah swt sebanyak tiga kali dan ada malaikat telah mengaminkannya. Kemudian Allah swt telah mengutus malaikat lalu mengikat aku dengan rantai besi.” Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata ular hitam itu lalu berkata: “Wahai Qasar, mulai sekarang kamu buatlah baik. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni dosa kamu.”

Thursday, March 11, 2010

Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai pemberian org tua

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anakterkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...
ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguamayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikansegala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...
Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...didalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...
Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??Buat renungan kiter semua
* renungkanlah sahabat ku sekalian...
* petikan Kisah Teladan

WANITA MENJADI HAIWAN KERANA MENGHINA AL-QURAN

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.
Wanita pelacur itu berkata: Silakan masuk ke rumahku.
Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: Marilah segera mendekatiku.
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!
Wanita pelacur itu kembali bertanya: Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?
Lelaki ahli ibadah itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita pelacur itu berkata: Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.
Lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku keluar!
Wanita pelacur itu menjawab: Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.
Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini! kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?
Lelaki itu menjawab: Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.
Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.
Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?
Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.
Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini, kata wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.
Kiriman : "nonits my"